Sistem gaji yang simple dan mudah.
Dasar Privasi
Portal slip gaji (View Paysheet / Slip Gaji) di hr.sqlbiz.net.
Data yang disimpan
Nama, kod pekerja, No. Kad Pengenalan, jawatan, tarikh masuk/berhenti, emel, telefon dan butiran slip gaji serta Borang EA, yang dihantar oleh majikan anda daripada sistem SQL Payroll.
Log masuk dengan Google
Jika anda log masuk dengan Google, portal hanya menerima alamat emel anda dan pengesahan bahawa emel itu sah. Emel itu dipadankan dengan emel yang didaftarkan oleh majikan anda. Kami tidak menerima kata laluan Google, kenalan atau data lain.
Penggunaan & perkongsian
Data hanya digunakan untuk membolehkan anda dan bahagian HR syarikat anda melihat slip gaji dan Borang EA. Data tidak dijual atau dikongsi dengan pihak ketiga. Setiap syarikat hanya boleh melihat data pekerjanya sendiri.
Keselamatan
Sambungan disulitkan (HTTPS), kata laluan disimpan dalam bentuk hash, akses direkod dalam log audit, dan akaun dikunci selepas beberapa cubaan gagal.
Hak anda
Untuk menyemak, membetulkan atau memadam data anda, hubungi bahagian HR syarikat anda.
Perlu bantuan? WhatsApp 011-6564 1800 · ☎ 09-719 1081
Data anda dilindungi dan hanya boleh dilihat oleh anda. Dasar Privasi
URUSGAJI v1.10.0